Friday 25 February 2011

Nota Geografi Tingkatan 2

Bab 7: Taburan Penduduk

Taburan Penduduk Negara Malaysia
 Bab 7: Taburan Penduduk

Taburan Penduduk Negara Malaysia
  1. Jumlah penduduk Negara Malaysia kira-kira 23 juta orang.
  2. 79.7% tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.4% di Sabah dan 8.9% di Sarawak.
  3. Taburan penduduk di Malaysia dibahagikan kepada berpendudukan padat, berpenduduk sederhana dan berpenduduk jarang.


Kawasan Berpenduduk Padat

  1. Kawasan berpenduduk padat di Malaysia adalah kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi.
  2. Kawasan ini terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia terutama di Bandar-bandar besar, dataran dan delta sungai.
  3. Kawasan ini menyediakan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan. Contoh- hospital, institut pengajian tinggi
  4. Contoh kawasan- Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau Pinang, Seberang Perai, Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Melaka(Semenanjung Malaysia).
  5. Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan tumpuan penduduk di dataran dan delta subur spt Dataran Kelantan, Dataran Terengganu.
  6. Di Sarawak, tumpuan penduduk di sekitar Kuching, Sarikei dan Sibu.
  7. Di Sabah, pendudk bertumpu di sekitar Kota Kinabalu.


Kawasan Berpenduduk Sederhana

  1. Kawasan berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.
  2. Contoh- kawasan kaki bukit atau luar Bandar.
  3. Kemudahan awan, infrasturktur dan perkhidmatan disediakan di kawasan ini.
  4. Jenis taburan penduduk ini juga terdapat di kawasan pertanian, perikanan dan pekan-pekan kecil.
  5. Contoh kawasan:
a)      Beberapa bahagian dataran pantai barat spt Kulim, Jitra, Teluk Intan, Sepang, Port Dickson, Jasin, Muar.
b)      Bachok, Kelantan, Marang dan Kuala Berang di Terengganu dan Jerantut serta Sungai Pahang di Pahang di Semenanjung Malaysia.
c)      Lembah Sungai Rajang, Lembah Sungai Baram, Sibu, Bintulu, Miri, Samarahan, Sri Aman, dan Liambang di Sarawak.
d)      Lembah Sungai Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Tuaran dan Keningau di Sabah.
e)      Kawasan rancangan kemajuan tanah spt Jengka Tiga Segi, Pahang Tanggara, Johor Tenggara, Kelantan Selatan.


Kawasan Berpenduduk Jarang

  1. Kawasan berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
  2. Contoh- kawasan pedalaman, kawasan tanah tinggi yg berhutan tebal spt kawasan di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  3. Kawasan berpaya juga berpendudk jarang spt di Tasik Chini dan Tasik Bera, Pahang.



Kepadatan Penduduk

  1. Merujuk kepada bilangan penduduk yang terdapat dalam satu kilometer persegi.
  2. Formula mengira kepadatan penduduk:

    Jumlah penduduk
     Kepadatan Penduduk= ----------------------
                                 Keluasan



Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Negara Malaysia

1.       Taburan penduduk yang tidak sekata dipengaruhi oleh beberapa factor spt bentuk muka bumi, sejarah, kegiatan sosio-ekonomi, sumber mineral, pengangkutan dan sebagainya.


Bentuk Muka Bumi


  1. Penduduk bertumpu di kawasan tanah pamah, pinggir pantai, dataran, dan lembah sungai.
  2. Semenanjung Malaysia- penduduk bertumpu di jaluran tanah pamah dari Perlis ke Taiping, Lembah Kinta ke Teluk Intan, Kuala Kubu ke Lembah Klang hingga Seremban, Melaka ke Batu Pahat, sekitar Johor Bahru, sekitar Kuantan, dataran Kuala Terengganu dan Kota Bharu.
  3. Sarawak- penduduk bertumpu di sekitar Kuching, Sarikei, dan Sibu. Sabah- penduduk bertumpu di sekitar di Kota Kinabalu.
  4. kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan kawasan petempatan, pembinaan jaringan perhubungan dan pengangkutan.
  5. kawasan lembangan dan lembah sungai menjadi tumpuan kerana tanih aluviumnya subur.
  6. penanaman padi dijalankan di kawasan seperti ini.
Contoh- Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan
  1. Pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berpenduduk jarang krn banyak gunung-ganang dan hutan tebal.
  2. keadaan bentk bumi spt itu menyukarkan pembinaan petempatan dan kos pembinaan adlh tinggi.
  3. namun, terdapat kawasan tanah tinggi yang mempunyai kepadatan peduduk spt di Kundasang, Sabah dan Tanah Tinggi Cameron, Pahang krn udaranya nyaman dan pemandangan yang indah menarik pelancong.


Sejarah

  1. Kawasan petempatan awal di Malaysia menjadi tumpuan penduduk.
  2. Petempatan awal terletak di muara sungai, tebing sungai dan pinggir laut.
  3. Selat Melaka menjadi jalan perkapalan dan perdagangan yang penting yang menggalakkan perkembangan pelabuhan dan kegiatan perdagangan.
  4. Kawasan yang kaya dengan longgokan bijih timah telah menggalakkan kegiatan perlombongan dan tumpuan penduduk. Contoh- Taiping dan Ipoh.
  5. Pembukaan lading-ladang getah telah menggalakkan tumpuan penduduk terutama pekerja India.

Kegiatan Sosio-ekonomi

  1. perkembangan sector ekonomi serta pelbagai kemudahan yg disediakan di sesuatu kawasan mempengaruhi taburan penduduk.
  2. penduduk akn bertumpu di kawasan yg menyediakan peluang pekerjaan dan kemudahan yg memberikan keselesaan hidup.
  3. Contoh- kawasan penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Tanjung Karang.
  4. Kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di sekitar Teluk Intan, Layang-layang dan Tawau.
  5. Kawasan perindustrian di Shah Alam, Petaling Jaya, Prai, Bayan Lepas, Likas, Pasir Gudang, Paka dan Bintulu.
  6. Pusat perniagaan, kewangan dan perdagangan spt di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.


Sumber Mineral

  1. Kawasan yang mempunyai sumber mineral spt bijih timah, petroleum dan gas asli telah menggalakkan tumpuan penduduk kerana terdapat pelbagai peluan pekerjaan.
  2. Kawasan ini semakin membangun dan dilengkapi dgn kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan.
  3. Kawasan Lembah Klang dan Lembah Kinta berkembang pesat drpd hasil perlombongan bijih timah.
  4. Contoh kawasan yg berkembang pesat hasil perlombongan bijih timah ialah Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping dan Seremban.
  5. Kuala Lumpur- mempunyai penduduk paling padat di Malaysia.
  6. Perlombongan gas asli dan petroleum di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan tumpuan penduduk di Miri, Kertih, Lutong dan Bintulu.


Pengangkutan dan Perhubungan

  1. Kawasan yang terdapat kemudahan pengangkutan dan perhubungan yg baik mempunyai taburan penduduk yg padat.
  2. Di kawasan yg jaringan pengangkutannya kurang, taburan penduduknya adalah kurang padat.
  3. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan membantu perkembangan perniagaan, perdagangan dan perindustrian.
  4. Pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan telah menggalakkan perkembangan secara tidak langsung dan kepadatan penduduk di beberapa kawasan yang dihubungkan.
  5. Contoh- Sungai Petani, Jelapang, Senai dan Bukit Tengah.
  6. Di kawasan pedalaman, terdapat penduduk yang bertumpu di tempat-tempat yang berhampiran dengan jalan raya.
  7. Contoh- Nalapak dan Ranau, iaitu di sepanjang jalan raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Sandakan.
  8. Penduduk juga bertumpu di kawasan Pelabuhan Klang dan lapangan terbang spt Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Sepang.
-terdapat peluang pekerjaan dan perkhidmatan yg lain.


Perkhidmatan dan Pendidikan

  1. Aktiviti-aktiviti perkhidmatan spt pentadbiran, perniagaan, perdagangan dan pelancongan telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.
  2. Hal ini menggalakkan tumpuan penduduk di Bandar-bandar spt Putrajaya(pentadbiran), Kota Kinabalu(pentadbiran dan perdagangan) dan Tanah Tinggi Cameron(pelancongan).
  3. Pembinaan pusat pengajian tinggi spt di Kuala Lumpur dan Bandar Baru Bangi juga telah menarik tumpuan penduduk di kawasan tersebut.


Dasar Kerajaan/Goverman

  1. Kerajaan memperkenalkan beberapa dasar untuk memajukan sector perdagangan dan perindustrian.
  2. Antaranya- Dasar Perindustrian Negara(DPN) dan Dasar Pertanian Negara.
  3. DPN mewujudkan kawasan Zon Perindustrian Bebas yg menggalakkan pembinaan estet-estet perindustrian terancang.
  4. Contoh- Sungai Way, Telok Panglima Garang, Bayan Lepas, Perai, Jelapang, Kinta, Sama Jaya, Pasir Gudang, Telok Kalong, dan Kemaman.
  5. Kilang-kilang di kawasan ini menyediakan byk peluang pekerjaan dan menjadi tumpuan penduduk.
  6. Pembangunan kawasan luar Bandar di bawah Dasar Pertanian Negara telah membuka kawasan baru untuk pertanian.
  7. Contoh- penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA), beberapa kawasan telah dibuka seperti Jengka Tiga Segi di Pahang dan KETENGAH di Terenggan.
  8. Perpindahan penduduk ke kawasan pertanian baru ini telah menambahkan penduduk di kawasan-kawasan tersebut.
  9. Pada zaman darurat(1948-1960) penduduk yg tinggal di pedalaman telah dipindahkan ke kampong-kampung baru yang mewujudkan petempatan spt di Jinjang dan Berapit.









Bab 8: Perubahan Penduduk

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Negara Malaysia

  1. Sesebuah Negara mengalami perubahan dari semasa ke semasa.
  2. Perubahan ini menyebabkan penduduk bertambah, berkurang atau static(tidak berubah) dalam setahun.
  3. Jumlah penduduk Negara Malaysia telah bertambah dari 20 juta orang pada tahun 1995 kepada 23 juta orang pada tahun 2000.
  4. Perubahan ini adlh akibat pertambahan semula jadi dan migrasi.
  5. Pertambahan semula jadi berkaitan dgn kadar kelahiran dan kadar kematian.
  6. Kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi adlh factor-factor yg mempengaruhi perubahan jumlah penduduk dalam sesebuah Negara.
  7. Faktor migrasi dibahagikan kepada 2; imigrasi dan emigrasi.
  8. Jumlah penduduk akn bertambah apabila jumlah orang masuk ke dalam Negara(imigrasi) melebihi jumlah orang yg keluar dr Negara(emigrasi).
  9. Imigrasi- perpindahan masuk penduduk dr luar Negara ke Negara Malaysia.
  10. Emigasi- perpindahan keluar penduduk Negara Malaysia ke luar Negara.


Kadar Kelahiran

  1. Kadar kelahiran diperoleh dgn membandingkan jumlah kelahiran bayi dgn jumlah penduduk pd pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 penduduk.
  2. Kadar ini disebut sebagai kadar kelahiran kasar.
  3. Kaedah untuk mengira kadar kelahiran kasar:

Kadar kelahiran kasar
          Jumlah kelahiran dalam setahun
= -------------------------------------------------- x 1000
   Jumlah penduduk pada pertengahan tahun



Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kelahiran

  1. Faktor-faktor yg mempengaruhi kadar kelahiran; Dasar Kependudukan Negara, taraf pendidikan, amalan perancangan keluarga, kerjaya dan status wanita, perkahwinan lewat, taraf hidup dan ekonomi keluarga, peluang pekerjaan dan sosiobudaya dan agama.
  2. Di bawah Dasar Kependudukan Negara, kerajaan menggalakkan pertambahan penduduk dengan matlamat Negara mencapai jumlah penduduk 70 juta orang menjelang akhir abad ke-21.
  3. Dengan jumlah penduduk 70 juta orang, Negara dapat menyediakan tenaga kerja, meningkatkan daya pengeluaran Negara, meningkatkan kuasa beli rakyat dan mengukuhkan kedudukan politik serta keselamatan Negara.
  4. Kerajaan memberikan pelbagai galakan untuk menggalakkan kelahiran seperti pengecualian cukai tanggungan, cuti bersalin dan bayaran rawatan yang rendah.
  5. Perkembangan ekonomi yang pesat di Negara Malaysia membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan dan kemudahan asas yang telah membantu meningkatkan taraf hidup penduduk.
  6. Kini, kaum wanita banyak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan menjawat jawatan tinggi.
  7. Kebanyakan daripada mereka lewat berkahwin dan hal ini menyebabkan kadar kesuburan yang rendah dan mengurangkan kadar kelahiran.
  8. Keadaan ekonomi yang stabil dan baikdi Negara kita telah menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf kehidupan.
  9. Pasangan suami isteri mengamalkan perancangan keluarga untuk menjarakkan kadar kelahiran.
  10. Oleh itu, kadar kelahiran bayi dapat dikurangkan dan mengehadkan saiz keluarga.
  11. Banyak penduduk Malaysia yang menikmati taraf hidup dan pendidikan yang lebih tinggi, mengamalkan perancangan keluarga.
  12. Faktor sosiobudaya dan agama juga mempengaruhi kadar kematian.
  13. Sesetengah masyarakat percaya bahawa semakin banyak anak, rezeki keluarga tersebut akan bertambah. Pemikiran ini akan meningkatkan kadar kelahiran.
  14. Sebilangan masyarakat merancang saiz keluarga kecil untuk memberikan kehidupan yang berkualiti.
  15. Pada umumnya, setiap agama di Negara Malaysia menggalakkan penganutnya mempunyai banyak anak.
  16. Hal ini akan meningkatkan kadar kelahiran dan saiz keluarga akan bertambah besar.


Kadar Kematian

  1. Kadar kematian iaitu jumlah bilangan kematian yang dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun yang berkenaan bagi setiap 1000 penduduk.
  2. Kaedah untuk mengira kadar kematian kasar ialah:

Kadar kematian kasar

         Jumlah kematian dalam setahun
=--------------------------------------------------   x 1000
  Jumlah penduduk pada pertengahan tahun

  1. Kadar kematian kasar Negara Malaysia telah menurun jika dibandingkan dengan tahun 1980.
  2. Pada tahun 1980 terdapat 6.4 kematian bagi setiap 1000, pada tahun 2001 penduduk dan kadar kematian menurun kepada 4.4.


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kematian

  1. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian ialah taraf kesihatan dan kemajuan perubatan, dasar kerajaan(kawalan penyakit), bekalan makanan, wabak penyakit, taraf hidup, taraf pendidikan dan bencana alam.
  2. Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai perkhidmatan serta kemudahan perubatan dan kesihatan yang baik bagi mengurangkan kadar kematian.
  3. Contohnya, kawalan penyakit, rawatan ibu mengandung dan suntikan imunisasi.
  4. Suntikan awal seperti BCG (untuk batuk kering) dan Hepatitis B diberikan kepada bayi, manakala suntikan tetanus dan cacar diberikan kepada kanak-kanak dan murid.
  5. Wabak penyakit seperti demam denggi, taun dan batuk kering dapat dikawal dan diubati dengan kemajuan dalam bidang perubatan.
  6. Kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik dan pusat-pusat kesihatan disediakan di luar Bandar.
  7. Kerajaan berusaha untuk menambahkan bilangan kakitangan perubatan.
  8. Pertambahan bilangan hospital kerajaan dan swasta juga telah meningkatkan kemudahan rawatan pakar.
  9. Pendidikan kesihatan di sekolah-sekolah memberikan maklumat kepada pelajar-pelajar bagi menjauhi penyakit dan menjaga kesihatan.
  10. Taraf pendidikan yang tinggi di kalangan penduduk memberikan kesedaran yang tinggi tentang penjagaan kesihatan.
  11. Mereka semakin mengutamakan kesihatan dalam kehidupan.
  12. Kemajuan ekonomi Negara Malaysia telah membolehkan penduduk Negara ini menikmati taraf hidup rakyat yang mampu memperoleh rawatan kesihatan dan makanan yang sempurna.
  13. Keadaan politik yang stabil menyebabkan penduduk dapat hidup dalam suasana aman. Peperangan yang berlaku di sesetengah Negara menyebabkan peningkatan kadar kematian.
  14. Kadar kematian akibat bencana alam seperti banjir dan tsunami di Malaysia adalah sedikit.
  15. Bekalan air bersih, system pembetungan dan sampah yang teratur dapat menghindari penyakit dan menurunkan kadar kematian.
  16. Kempen anti-merokok, serta kempen kesedaran tentang penyakit AIDS, SARS dan kempen bahaya kencing manis diadakan melalui media massa oleh kerajaan.
  17. Kemudahan perubatan dan kesihatan serta pemakanan yang baik dan seimbang telah memanjangkan jangka hayat penduduk Malaysia.
  18. Rantau Asia Tenggara mengalami pertambahan penduduk yang tinggi dari tahun 1950 hingga 1975 kerana kadar kelahiran yang tinggi dan taraf kesihatan yang bertambah baik.


MIGRASI

  1. Migrasi ialah proses penghijrahan(perpindahan) penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
  2. Terdapat dua jenis migrasi; migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.
  3. Kawasan yang menerima kemasukan penduduk akan mengalami pertambahan penduduk, manakala kawasan yang penduduknya keluar akan mengalami kekurangan penduduk.
  4. Migrasi dipengaruhi oleh factor tarikan dan factor tolakan.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi

  1. Faktor-faktor yang mepengaruhi migrasi di Malaysia ialah keadaan politik yang stabil, banyak peluang pekerjaan dan kekurangan tenaga pekerja.
  2. Faktor tarikan yang menarik pelaburan asing dan pekerja asing ke Malaysia ialah keadaan politik ang stabil.
  3. Peluang pekerjaan yang banyak dalam sector pertanian, perindustrian dan pembinaan telah menyebabkan kemasukan banyak buruh asing(imigran) ke Negara Malaysia.
  4. Terdapat dua golongan imigran yang bekerja di Malaysia iaitu pekerja mahir(ikhtisas) dan pekerja tidak mahir.
  5. Pekerja mahir bekerja dalam bidang perubatan, pendidikan, pengurusan dan pembinaan.
  6. Pekerja tidak mahir bekerja sebagai buruh kontrak dalam sector pertanian, pembinaan dan sebagai pembantu rumah.
  7. Faktor tolakan yang menyebabkan penduduk Negara Malaysia berhijrah ke luar Negara ialah peluang pekerjaan yang lebih baik di Negara lain.
  8. Emigran ini terdiri daripada golongan professional seperti doctor, jurutera, akauntan, peniaga dan pesara. Mereka berhijrah ke Australia, Kanada, Britain, Amerika Syarikat dan New Zealand.
  9. Emigran ini terdiri juga daripada golongan pekerja separuh mahir dan mahir. Mereka bekerja di Singapura, Negara Asia Barat(seperti Arab Saudi), Jepun dan Taiwan.
  10. Migrasi dalaman berlaku apabila penduduk berhijrah dari satu kawasan atau negeri ke kawasan lain atau negeri dalam Negara.
  11. Jenis migrasi juga mempengaruhi mempengaruhi perubahan penduduk di sesebuah daerah atau negeri.
  12. Kawasan yang mengalami migrasi keluar penduduk akan mempunyai penduduk yang berkurang.
  13. Kawasan yang mengalami migrasi masuk penduduk akan mempunyai pertambahan penduduk.
  14. Di Bandar, terdapat factor tarikan, iaitu banyak peluang pekerjaan, perkhidmatan social yang lebih baik, kemudahan awam dan peluang pendidikan tinggi.
  15. Penghijrahan dari luar Bandar dan Bandar kecil ke Bandar besar disebabkan oleh factor tolakan seperti kekurangan pekerjaan, tanah, perkhidmatan social dan kemudahan asas di tempat asal.


Perubahan Penduduk Negara Malaysia Pada Masa Depan

  1. Kadar kelahiran di Malaysia telah menurun kepada 4.4 orang pada tahun 2001.
  2. Keadaan ini menyebabkan kekurangan tenaga buruh khasnya dalam sector pertanian, perkhidmatan dan pembinaan.
  3. Keadaan ini menyebabkan kemasukan buruh asing bagi memenuhi keperluan tenaga pekerja ini.
  4. Jangka hayat yang panjang menyebabkan peningkatan jumlah warga tua dan hal ini akan meningkatkan kos rawatan dan kesihatan.
  5. Langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul akibat ciri penduduk masa depan Malaysia adalah dengan menggalakkan pasangan suami isteri mempunyai keluarga besar bagi menambahkan jumlah penduduk.
  6. Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja pada masa depan:
a)      Robot dapat digunakan
b)      Mengadakan perkhidmatan layan diri di restoran dan stesen minyak
c)      Meningkatkan usia persaraan
d)      Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang tinggi


Bab 9: Migrasi

Pengenalan

  1. Migrasi penduduk melibatkan perpindahan atau penghijrahan seseorang dari sesuatu tempat ke tempat yang lain.
  2. Terdapat dua jenis migrasi, migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.
  3. Migrasi dalaman melibatkan perpindahan penduduk di antara kawasan-kawasan dalam sesebuah Negara.
  4. Migrasi antarabangsa melibatkan penghijrahan penduduk dari satu Negara ke Negara lain.


Migrasi Penduduk Malaysia

  1. Terdapat beberapa jenis migrasi dalaman di Negara Malaysia:
a)      Luar Bandar ke Bandar – 11.9%
b)      Luar Bandar ke luar Bandar – 4.0%
c)      Bandar ke Bandar – 67.5%
d)      Bandar ke Bandar – 18.5%
  1. Negeri yang paling banyak migran pada tahun 2000 ialah Selangor (60 941 orang) diikuti oleh Johor (31 552 orang), Pulau Pinang (29 735 orang) dan Kedah (22 530 orang).


Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk

Migrasi Penduduk dari Luar Bandar ke Bandar

  1. Peratus penduduk Bandar meningkat daripada 50.7% kepada 61.8% di antara tahun 1991 hingga 2001.
  2. Migrasi luar Bandar melibatkan pergerakan penduduk ke Bandar bagi mencari peluang pekerjaan dan melanjutkan dan melanjutkan pelajaran.
  3. Kebanyakan penduduk berpindah ke Bandar, Bandar raya dan kawasan perindustrian.
  4. Faktor-faktor yang menggalakkan jenis migrasi penduduk ini ialah kestabilan politik, dasar kerajaan, peluang pekerjaan, kadar upah, kemudahan asas, peningkatan taraf pendidikan, keluarga dan bencana alam.
  5. Di Negara Malaysia, migrasi luar Bandar ke Bandar banyak berlaku selepas Negara mencapai kemerdekaan.
  6. Kestabilan Negara membolehkan kerajaan dengan pelbagai dasarnya membangunkan Negara dengan mengadakan pelbagai insentif pelaburan asing.
  7. Pelabur asing mendirikan banyak kilang dan hal ini menambahkan peluang pekerjaan dan menggalakkan perpindahan penduduk ke Bandar.
  8. Perkembangan Bandar-bandar utama di Negara Malaysia telah mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ekonomi.
  9. Banyak peluang pekerjaan wujud wujud dalam sector perkhidmatan, pelancongan dan kewangan, perniagaan, perindustrian, pembinaan dan pentadbiran di Bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Georgetown dan Ipoh.
  10. Hal ini menyebabkan penduduk luar Bandar berpindah ke Bandar bagi mendapatkan peluang pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi.
  11. Kegiatan ekonomi terutamanya pertanian di kawasan luar Bandar adalah terhad.
  12. Kadar upah yang dberikan adalah rendah dan tidak tetap.
  13. Bandar raya Shah Alam, Georgetown dan Johor Bahru juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan ini menambahkan peluang pekerjaan.
  14. Penubuhan pusat pentadbiran di Putrajaya telah menggalakkan perpindahan penduduk ke pusat Bandar yang baru.
  15. Di kawasan Bandar, banyak terdapat institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.
  16. Penduduk dari luar Bandar khususnya golongan remaja berpindah ke Bandar untuk melanjutkan pengajian mereka menetap si situ kerana terdapat banyak peluang pekerjaan yang baik.
  17. Di kawasan luar Bandar terutama di kawasan pedalaman kurang kemudahan asas seperti seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, kemudahan pengangkutan dan perhubungan.
  18. Di Bandar-bandar pula terdapat banyak kemudahan kesihatan, system perhubungan yang baik, pelbagai pusat rekreasi dan pusat beli-belah.


Migrasi Penduduk dari Luar Bandar ke Luar Bandar

  1. Migrasi penduduk dari kawasan luar Bandar ke luar Bandar merupakan pergerakan yang berlaku antara negeri atau dalam negeri.
  2. Pergerakan jenis ini biasanya dikaitkan dengan pembukaan tanah rancangan oleh pihak kerajaan, khusus melalui FELDA.
  3. Tujuannya bagi mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar.
  4. Hasil rancangan pembangunan tanah ini, berlakulah migrasi penduduk secara besar-besaran di kawasan luar Bandar ke kawasan pembukaan tanah tersebut.
  5. Menjelang tahun 1992, FELDA telah membuka 478 skim yang merangkumi 897 143 hektar tanah dan mewakili 16% daripada kawasan pertanian Negara.
  6. Jumlah keluarga yang dipindahkan ialah 117 491.



Bab 10: Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Tanih

  1. Pada umumnya, apabila penduduk sesebuah Negara bertambah, keperluan terhadap makanan bertambah.
  2. Oleh itu, penerokaan sumber tanih perlu dipertingkatkan.
  3. Di Negara Malaysia, tanih diterokai khususnya untuk dijadikan kawasan pertanian bagi menampung keperluan makanan penduduk.
  4. Kawasan pertanian diperluas melalui penerokaan kawasan tanah pamah, lembah, delta dan dataran.
  5. Kawasan tanih alluvium banyak terdapat di kawasan dataran dan delta sungai.
  6. Tanih yang subur ini sesuai ditanami padi. Contohnya, Dataran Kedah, Dataran Perlis, Dataran Kelantan dan Dataran Terengganu.
  7. Padi ditanam secara giat untuk menampung keperluan makanan bagi penduduk yang semakin bertambah.
  8. Tanah laterit pula sesuai untuk tanaman komersial seperti getah, kelapa sawit dan koko.
  9. Permintaan yang tinggi oleh kilang-kilang terhadap hasil pertanian ini menyebabkan banyak kawasan tanah laterit di pedalaman diterokai dengan giatnya.
  10. Peningkatan permintaan terhadap pelbagai barangan keperluan turut menyebabkan penerokaan sumber tanih lebih giat dijalankan.
  11. Pasir penting dalam industri pembuatan kaca manakala lempung digunakan untuk membuat barang-barang tembikar dan pasu.
  12. Kegiatan perlombongan untuk mendapatkan mineral seperti bijih timah dan bijih besi juga giat dijalankan.
  13. Pertambahan penduduk turut mendatangkan kesan negative terhadap penerokaan sumber tanih.
  14. Penduduk yang ramai menyebabkan tanih diusahakan secara giat untuk mengeluarkan hasil tanaman bagi memenuhi keperluan penduduk.
  15. Di Negara kita, penanaman padi secara berterusan tanpa rehat dapat menyebabkan masalah tanih menjadi tidak subur.
  16. Kandungan bahan mineral dan organic dalam tanah akan berkurang.
  17.  Penanaman padi secara giat juga menyebabkan petani lazimnya membakar jerami padi untuk dijadikan baja organic sebelum padi ditanam semula pada musim akan datang.
  18. Kaedah ini biasanya dilakukan kerana kosnya yang lebih murah dan mudah dilakukan.
  19. Pembebasan gas metana akibat reputan bahan organic tersebut hanya akan merendahkann suhu bumi.
  20. Petani di Negara Malaysia juga menggunakan teknik moden seperti benih bermutu tinggi, baja kimia dan racun serangga untuk meningkatkan hasil tanaman.
  21. Penggunaan bahan kimia dan racun serangga secara berlebihan dan tidak terkawal akan membawa kesan negative.


Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Hutan

  1. Penerokaan sumber hutan mendatangkan pendapatan yang lumayan hasil daripada eksport kayu balak.
  2. Di Negara Malaysia terdapat hutan hujan tropika yang luas.
  3. Hutan ini kaya dengan pokok kayu keras yang bernilai tinggi seperti meranti, cengal, merbau dan berlian.
  4. Hasil balak ini digunakan dalam industri perabot dan sebahagiannya pula dieksport.
  5. Kawasan hutan yang ditebang dan dibersihkan dijadikan kawasan perumahan, pejabat, jaringan pengangkutan dan pusat rekreasi.
  6. Langkah ini tentunya dapat memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.
  7. Terdapat juga kawasan hutan yang dibersihkan untuk tujuan pertanian dan penternakan.
  8. Walau bagaimanapun, jika tidak dirancang dengan baik, penebangan hutan secara berlebihan akan mendatangkan kesan buruk.
  9. Flora dan fauna mungkin akan pupus.
  10. Penebagan hutan secara berebihan juga mendedahkan lapisan atas tanih pada hakisan air larian permukaan.
  11. Sebahagian air hujan akan meresap ke dalam tanih dan melarutkan mineral di dalamnya.
  12. Tanih akan hilang kesuburannya lalu menjadi tandus.
  13. Tanih yang terhakis dibawa oleh air larian ke sungai berhampiran dan mencemarkannya.
  14. Bahan terhakis ini akan dimendapkan ke dasar sungai menyebabkan sungai menjadi cetek.
  15. Apabila hujan lebat, banjir akan berlaku kerana isipadu sungai bertambah dan melimpahi kawasan sekitarnya.
  16. Penebangan hutan secara tidak terancang menyebabkan kemusnahan sumber hutan.
  17. Bekalan kayu balak pada masa depan akan terjejas kerana pokok yang ditebang mengambil masa yang lama untuk digantikan.
  18. Peningkatan permintaan terhadap tenaga elektrik menyebabkan lebih banyak kawasan hutan diteroka untuk membina empangan hidroelektrik.
  19. Kawasan hutan yang luas akan musnah dan ditenggelami air.


Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Sumber Air

  1. Pertambahan penduduk menyebabkan keperluan bekalan sumber air meningkat.
  2. Sumber air penting untuk kegunaan domestic, pertanian dan perkilangan.
  3. Empangan dibina merentasi sungai untuk memperoleh air bagi mengairi kawasan tanaman, menjana kuasa hidroelektrik, memperoleh bekalan air domestic dan mengawal banjir.
  4. Empangan Muda menyediakan kemudahan pengairan kepada petani di kawasan penanaman padi, iaitu sekitar Sungai Muda, Kedah.
  5. Kemudahan pengairan meningkatkan pengeluaran hasil padi.
  6. Peningkatan permintaan terhadap tenaga elektrik menyebabkan banyak empangan dibina.
  7. Sumber tenaga ini tidak kehabisan dan dapat diguna semula dan pencemaran udara tidak berlaku akibat pengeluarannya.
  8. Tasik yang terbentuk akibat pembinaan empangan dimajukan untuk kegiatan eko-pelancongan dan perikanan. Contohnya, Tasik Kenyir.
  9. Empangan Klang Gate membekalkan bekalan air domestic kepada penduduk dan kilang di sekitar kawasan Kuala Lumpur.
  10. Pembinaan empangan menyebabkan kawasan hutan atau tanah yang lain ditenggelami air.
  11. Pemusnahan hutan ini menyebabkan kehilangan sumber kayu balak yang berharga dan mengancamkan kawasan tadahan air.
  12. Hidupan liar seperti gajah di hutan kehilangan habitat.
  13. Petempatan orang asli yang ada juga dipindahkan ke kawasan penempatan semula.
  14. Pencemaran sungai berlaku akibat pembuangan sisa dari rumah dan kilang.


Langkah-Langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang

Sumber Tanih

  1. Tanih merupakan sumber yang dapat dibaharui tetapi proses pembentukkannya memerlukan masa yang lama.
  2. Kesuburan tanih dapat dikekalkan dengan menggunakan baja kimia dan baja organic.
  3. Pertanian bergilir dan tanaman selingan dapat mengembalikan kesuburan tanah.
  4. Kawasan terbiar seperti bekas lombong bijih timah dan kawasan paya ditebus guna untuk meluaskan kawasan pertanian.
  5. Di sekitar Ipoh, bekas lombong bijih timah ditanami buah-buahan seperti limau, belimbing dan jambu batu.
  6. Kawasan perumahan di Puchong dan Bandar Sunway di Selangor dibina di kawasan bekas lombong bijih timah yang telah ditebus guna.
  7. Sebuah taman tema, Sunway Lagoon yang menjadi tumpuan pelancong dibina juga di kawasan tersebut.
  8. Paya Besar di Pahang ditebus guna dan ditanami padi.
  9. Kawasan pinggir laut di Bandar Hilir Melaka ditambak dan dibina hotel, kedai dan tempat beli belah.
  10. Pinggir pantai di Seberang Perai, ditambak dan didirikan Pelabuhan Butterworth.
  11. Di Tanah Tinggi Cameron, sayur-sayuran ditanam di cerun-cerun bukit yang ditereskan.
  12. Tanaman secara hidroponik dijalankan juga untuk menambahkan bekalan makanan.
  13. Teknik moden dengan penggunaan benih bermutu tinggi, baja kimia dan racun serangga dapat meningkatkan hasil pertanian.

Sumber Hutan

  1. Pengurusan sumber hutan dapat dijalankan dengan mengadakan amalan silvikultur untuk rawatan hutan, penebangan terpilih, pembukaan ladang-ladang dan mewartakan taman-taman Negara.
  2. Ladang hutan ditanam dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia, batai, jati, yemane, sentang dan sesenduk.
  3. Pokok kayu jati ditanam secara ladang di Mata Air, Perlis kerana keadaan iklim yang sesuai.
  4. Pokok jati hidup subur di kawasan yang mengalami musim kering antara 3-5 bulan.
  5. Keadaan ini hanya terdapat di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan Sabah.
  6. Kawasan bekas lombong juga dapat ditebus guna dan ditanam dengan spesies pokok seperti tembusu, batai, gelam dan akasia.
  7. Taman Negara dan hutan simpan diwartakan untuk mengekalkan kawasan tadahan hujan serta melindungi tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
  8. Majlis Perhutanan Negara telah menentukan luas kawasan hutan yang dapat dibalak di setiap negeri pada setiap tahun.
  9. Langkah ini telah dapat mengawal pembalakan hutan secara berlebihan.
  10. Pembalakan haram dikawalkan dan kesedaran tentang pentingnya hutan dipertingkatkan.
  11. Kempen-kempen mencintai hutan diadakan oeh badan-badan seperti Persatuan Pencinta Alam(MNS) dan FRIM.
  12. Penduduk digalakkan membantu usaha kitar semula kertas.
  13. Pokok-pokok di kawasan hutan yang akan ditenggelami air akibat pembinaan empangan perlu ditebangkan supaya tidak kehilangan kayu balak yang berharga.
  14. Hidupan liar dipindahkan oleh Jabatan PERHILITAN ke kawasan perlindungan seperti Taman Negara.
  15. Petani pindah digalakkan menjalankan pertanian kekal.

Sumber Air

  1. Hutan di kawasan tadahan hujan tidak dibenarkan ditebang supaya tidak menjejaskan sumber air Negara.
  2. Sungai-sungai yang tercemar perlu dibersihkan untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.
  3. Sumber air utama di Negara Malaysia diperoleh daripada daripada air di permukaan seperti dari sungai dan tasik.
  4. Bekalan air dapat ditambahkan dengan penerokaan air bawah tanah secara meluas.
  5. Rakyat digalakkan menggunakan air secara bijak dan usaha memulihara sungai dijalankan oleh kerajaan Negara Malaysia.
  6. Pihak berkuasa air seperti SYABAS perlu memastikan system saluran air bersih ke rumah-rumah dan kilang-kilang adalah teratur.
  7. Masalah kebocoran saluran paip air bawah tanah perlu dielakkan daripada berlaku.


Bab 11: Hubungan Kependudukan dengan Sumber

Konsep Penduduk Berlebihan, Kurang Penduduk dan Penduduk Optimum

  1. Penduduk dunia telah meningkat dengan pesat kerana kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah.
  2. Sumber semula jadi yang sedia ada di sesebuah Negara hanya dapat menampung suatu jumlah penduduk yang maksimum.
  3. Keupayaan menampung ini dikenal sebagai daya tampung.
  4. Berdasarkan jumlah penduduk sesebuah Negara dan daya menampung Negara tersebut, terdapat 3 ciri penduduk iaitu;
·   Penduduk berlebihan
·   Kurang penduduk
·   Penduduk optimum
  1. Sesebuah Negara dianggap mempunyai penduduk berlebihan jika sumber Negara tidak dapat menampung keperluan penduduknya dengan tahap teknologinya.
  2. Contoh Negara yang mengalami penduduk berlebihan ialah Bangladesh, India dan Ethiopia.
  3. Negara yang kurang penduduk wujud jika jumlah penduduk Negara tersebut tidak dapat membangunkan sepenuhnya sumber walaupun tingkat teknologi tinggi digunakan.
  4. Contoh Negara yang mengalami kurang penduduk ialah Kanada, Australia dan Brazil.
  5. Negara yang berpenduduk optimum mempunyai jumlah penduduk yang cukup untuk mengusahakan sumber yang ada dengan sepenuhnya.
  6. Contohnya Negara Jepun, Jerman dan Switzerland.


Ciri Penduduk Berlebihan

  1. Di Negara penduduk berlebihan, penduduknya adalah terlalu banyak.
  2. Sumber semula jadi yang ada tidak dapat menampung keperluan penduduknya.
  3. Sedikit sumber dapat dieksport dan hal ini menyebabkan hasil pendapatan tidak cukup untuk membiayai perbelanjaan Negara.
  4. Kadar pengangguran juga adalah tinggi kerana peluang pekerjaan adalah terhad.
  5. Kebanyakan penduduk tinggal di luar Bandar dan terlibat dalam sector pertanian.
  6. Kadar kelahiran dan kadar kematian adalah tinggi.
  7. Kemudahan perubatan dan kesihatan, perumahan dan pendidikan adalah kurang.
  8. Kadar celik(kenal) huruf adalah rendah dan mereka mengalami kemiskinan.
  9. Amalan pemakanan adalah kurang.
  10. Jangka hayat sederhana.
  11. Tahap teknologi adalah rendah dan kaedah teknologi moden kurang digunakan.
  12. Kekurangan ini menyebabkan daya pengeluaran pertanian rendah dan sumber mineral tidak dapat diteroka sepenuhnya.


Kesan Penduduk Berlebihan

  1. Keadaan penduduk berlebihan di sesebuah Negara akan memberikan kesan terhadap keperluan kependudukan Negara tersebut.
  2. Negara-negara ini mempunyai kadar pertambahan semula jadi yang tinggi.
  3. Negara-negara ini mengalami masalah kurang makanan seperti di Ethiopia kerana mengalami kemarau yang berpanjangan.
  4. Penduduk Negara ini juga mengalami masalah kekurangan tempat tinggal.
  5. Kemiskinan hidup menyebabkan penduduk luar Bandar berhijrah ke Bandar-bandar besar.
  6. Antara golongan yang berpindah ini kebanyakannya berpendidikan rendah dan buta huruf.
  7. Oleh itu, golongan ini sukar mendapatkan pekerjaan yang baik.
  8. Mereka tidak mampu membayar sewa rumah yang tinggi dan terpaksa tinggal di kawasan setinggan.
  9. Contohnya, keadaan setinggan di Mumbai, India dan Dhaka di Bangladesh.
  10. Di Negara penduduk berlebihan, peluang pekerjaan sangat kurang dan hal ini menyebabkan kadar pengangguran yang tinggi.
  11. Di Bangladesh, India dan Ethiopia, pertanian adalah pekerjaan utama di kawasan luar Bandar.
  12. Kurang peluang pekerjaan dalam bidang pertanian menyebabkan banyak berpindah ke Bandar dan ke luar Negara untuk meningkatkan taraf hidup.
  13. Bidang perindustrian kurang maju di Bandar dan hanya sedikit peluang pekerjaan yang disediakan.
  14. Di Bangladesh, perindustrian kurang maju kerana;
·   Mempunyai sedikit sumber gas asli dan masih kurang diterokai.
·   Kurang pekerja mahir dan separuh mahir.
·   Modal pelaburan sedikit
·   Tahap teknologi rendah
·   Daya beli penduduk rendah.
  1. Negara-negara ini mempunyai banyak kanak-kanak(di bawah umur 15 tahun) menyebabkan banyak perbelanjaan untuk pendidikan perlu disediakan.
  2. Kekurangan kemudahan pendidikan dan bilangan sekolah yang sedikit menyebabkan kadar kenal huruf yang rendah di kalangan kanak-kanak.
  3. Kemiskinan juga menyebabkan kanak-kanaknya terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk membantu keluarga.
  4. Negara-negara ini mengalami masalah kekurangan kemudahan kesihatan seperti klinik, pusat rawatan, kakitangan penduduk dan hospital.
  5. Kekurangan kemudahan perubatan dan kesihatan menyebabkan taraf kesihatan yang rendah.
  6. Kemisknan menyebabkan pemakanan yang kurang berkhasiat, penyakit dan kebuluran kerap berlaku.
  7. Purata jangka hayat penduduk di Negara-negara ini adalah pendek. Contohnya, di Bangladesh jangka hayat penduduk hanya 58 tahun bagi lelaki dan perempuan.
  8. Kebanyakan kerajaan Negara-negara ini tidak mampu menyediakan kemudahan asas yang lain seperti bekalan air, elektrik, pengangkutan dan perhubungan.
  9. Di India, hanya 42.4% saja daripada penduduknya yang dapat menikmati bekalan elektrik dan 32.3% memperoleh bekalan air paip.
  10. Bilangan penduduk muda yang banyak menyebabkan kerajaan perlu menyediakan kemudahan kesihatan, pendidikan dan peluang pekerjaan yang lebih banyak.


Ciri Kurang Penduduk

  1. Negara-negara yang kurang penduduk mempunyai sumber yang melebihi keperluan penduduknya.
  2. Jumlah penduduk yang ada tidak cukup untuk membangunkan sumber semula jadi Negara dengan sepenuhnya.
  3. Contoh Negara-negara yang kurang penduduk ialah Kanada, Australia dan Brazil.
  4. Kanada mempunyai saiz penduduk yang kecil iaitu 31 juta orang pada tahun 2001 dan keluasan tanahnya 9 975 000 kilometer persegi. Oleh itu kepadatan penduduknya rendah, iaitu 3 orang sekm persegi.
  5. Sumber semula jadi Negara tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh sebab jumlah penduduknya yang sedikit.
  6. Sumber semula jadi yang ada masih dapat menampung keperluan penduduk jika jumlah penduduk bertambah.
  7. Hasil sumber Negara-negara ini adalah banyak dan sebahagiannya dieksport.
  8. Ciri-ciri Negara kurang penduduk termasuklah;
·   Kadar kelahiran rendah
·   Kadar kematian rendah
·   Kadar pertambahan semula jadi rendah
·   Mengamalkan perancangan keluarga
·   Kemudahan perubatan dan kesihatan yang baik
·   Jangka hayat panjang
·   Kadar celik huruf tinggi
·   Amalan pemakanan seimbang
·   Kemudahan asas lengkap
·   Sebilangan besar penduduk tinggal di Bandar
·   Perumahan yang selesa
·   Taraf teknologi tinggi


Kesan Kurang Penduduk

  1. Penduduk menikmati taraf hidup yang baik.
  2. Nilai eksport Negara-negara ini adalah tinggi dan mencukupi bagi membiayai perbelanjaan Negara.
  3. Kadar pertambahan semula jadi yang rendah meninggalkan kesan kepada Negara kurang penduduk, iaitu;
·   Sumber semula jadi yang ada tidak dapat dibangunkan sepenuhnya.
·   Sumber semula jadi yang diterokai tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya dan hasil pengeluaran berlebihan dapat dieksport.
·   Tidak mengalami kekurangan bekalan makanan kerana bekalan makanan melebihi keperluan penduduk.
·   Permintaan terhadap makanan tidak banyak bertambah.
·   Mengalami masalah kekurangan tenaga kerja mengalami kurang penduduk( Kanada dan Australia).
  1. Kanada, Australia dan Brazil mempunyai sumber alam seperti sumber hutan dan mineral yang banyak.
  2. Negara-negara ini mempunyai sector pertanian, perikanan dan perindustrian yang maju.
  3. Pengeluaran hasil pertanian adalah tinggi kerana menggunakan teknik penanaman yang moden.
  4. Pengalaman makanan dan penduduk lebih berkhasiat, seimbang dan kemudahan perumahan adalah baik.
  5. Amalan pemakanan yang berkhasiat menyebabkan jangka hayat adalah panjang.
  6. Kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan di Negara-negara ini adalah baik dan lengkap seperti bekalan air, elektrik, hospital, pengangkutan dan perhubungan.
  7. Di Kanada, 100% penduduknya dapat menikmati bekalan elektrik, manakala di Australia 99.5% dan di Brazil 92% penduduknya dapat menikmati bekalan elektrik.
  8. Penduduk Negara-negara ini dapat hidup dengan selesa.
  9. Penduduk Negara-negara ini mempunyai kemudahan pendidikan yang baik sehingga ke peringkat universiti.
  10. Di Australia, hampir 100% penduduknya celik huruf, di Kanada kira-kira 99% dan di Brazil kira-kira 83%.
  11. Penduduk ini mempunyai taraf hidup yang tinggi dan dapat menikmati perubatan yang baik.
  12. Walaupun begitu, jumlah penduduk muda(umur kurang daripada 15 tahun) Negara-negara ini tidak begitu banyak.
  13. Hal ini menyebabkan pertambahan penduduk pada masa depan adalah perlahan.
  14. Negara-negara ini juga tidak mengalami masalah pengangguran kerana banyak peluang pekerjaan bagi penduduknya.
  15. Walau bagaimanapun, Negara-negara ini akan mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja.
  16. Dengan itu kerajaan Kanada dan Australia menggalakkan kemasukan pekerja asing dari Negara lain seperti Hong Kong, Filipina, India dan Negara China untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja.
  17. Kemasukan pekerja asing perlulah digalakkan secara berterusan bagi memajukan ekonomi.
  18. Pekerja asing ini membolehkan lebih banyak sumber semula jadi diterokai untuk meningkatkan pendapatan Negara.
  19. Keadaan penduduk berlebihan dan kurang penduduk adalah tidak kekal dan berubah mengikut masa.
  20. Sebuah Negara yang mengalami kurang penduduk akan menjadi penduduk berlebihan jika jumlah penduduknya bertambah dan sumber semula jadinya tidak dapat memenuhi keperluan penduduknya.
  21. Bagi Negara-negara penduduk berlebihan pula, dengan kaedah meningkatkan penggunaan teknologi dan pengeluaran sumber semula jadi, Negara-negara ini tidak akan mengalami penduduk berlebihan.

6 comments:

  1. saya nk mnta kebenaran untk copy paste nota geografi 2 dlm blog saya..spya nnti lbh mudah untk sya tgk..harap dibenarkan

    ReplyDelete
  2. blog yang sangat bagus..

    ReplyDelete
  3. bagus.. terima kasih ya, sebab buat blog macam ni. senang saya nak ulangkaji.

    ReplyDelete